Gelora…
Keadaaan politik di Negara kita ni dari dulu tak pernah nak aman. Setiap masa ada sahaja yang tak kena, baik dari pihak parti yang memerintah (Barisan Nasional) mahupun dari parti pembangkang (Pakatan Rakyat)
Gila kuasa, rasuah, politik wang, bercanggah pendapat semua itu sebenarnya adalah sebahagian daripada kamus politik di Malaysia. Mana tidaknya, masing-masing punyai ideologi tersendiri dan mestilah masing-masing mahu menang.
Ya, memang tak dinafikan setiap orang mempunyai hak untuk bersuara. Para pemerintah pun mesti ada acuan sendiri untuk membentuk pentadbiran yang terbaik samaada di peringkat kerajaan persekutuan a taupun kerajaan negeri.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 tahun 2008 pada Mac lalu sudah cukup baik untuk melihat sejauh mana prestasi sesebuah parti bertanding. Beberapa parti pembangkang juga diberikan peluang untuk merntadbir beberapa buah negeri… Ya, keputusan kali ini mengejutkan semua pihak…
Sekarang, semua parti dilihat berlumba-lumba untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Malah, sudah berlaku bibit2 pertelingkahan di antara satu sama lain bagi menegakan ideologi masng-masing. Makin banyak pergeseran berlaku, samada sesame parti lawan ataupun parti sendri
Apa2pun, marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan Malaysia amnya