Pilihanraya Kecil P.94 Hulu Selangor

April 8, 2010 at 1:59 am (Uncategorized)

Lama tak update blog ni…sibuk

Pilihanraya kecil kembali lagi. Kali ini di Parlimen P94 Hulu Selangor. Ini adalah pembukaan gelangan pertama bagi sebuah pertempuran politik bagi tahun 2010.

Kali ini, bertempur pula di sebuah kawasan yang besarnya sebesar Singapore. Namun, bukanlah fktor geografinya yang mahu aku perkatakan disini.

Pokoknya, PRK kali ini benar2 menguji kedua2 belah pihak, iaitu BN dan Pakatan Rakyat. BN pula menumpukan usaha untuk merampas semula kawasan tersebut yg memang tradisinya adalah kawasannya. Cuma keputusan PRU 12 jer yg tak memihak kepada kita.

Pakatan Rakyat pula tgh dok berhempas pulas nak mempertahankan kawasan itu. Sesak jugak nafas, sbb aritu pun menang Cuma majoriti seribu lebih undi sahaja.

Kini sudah berlegar akan spekulasi siapa yg akan bertanding. Ya, faktor calon mmg main peranan. Apapun, kita tgk apa seterusnya nnt

Advertisements

Permalink Leave a Comment

Update

March 1, 2009 at 11:55 am (Uncategorized)

Lama aku tak update blog politik aku ni. Bukan tidak mahu menulis, cuba batas idea dn kekangan masa sahaja yg terus menghalang aku daripada menulis sesuatu. Namun, sifat ingin menulis terutama dalam bidang politik, sosial dan agama tidak pernah padam. Dan aku akan cuba share apa yg aku rasa berkaitan dengan topik2 tersebut
Hari ni, aku mahu berbicara ringkas sahaja tentang keadaan politik Malaysia sejak dua menjak ni. Berbagai-bagai perkara yang terjadi, daripada krisis terhadap instisusi diraja dan kerajaan, hal-hal perkauman dan sebagainya.
Bukan aku tidak mahu menidakkan fungsi sesetengah pihak, tapi bila mahu dikira akan majmuknya masyarakat di Malaysia, I guess that perkara sebegini harus dihindarkan. Kalau tidak, mahu kacau bilau satu Malaya!
Umum sudah tahu, iklim politik Malaysia ni sentiasa bergelora sejak zaman Merdreka lagi. Dan gelora ini bertambah kuat sejak ribut taufan yang melanda sebaik sahaja pilihanraya umum ke -12, pada 8 Mac 2008. Macam2 masalah timbul. Dan yang jadi mangsa ialah rakyat sendiri
Apapun, marilah kita doakan agar Malaysia terus aman dan damai

Permalink Leave a Comment

Gelora…

August 22, 2008 at 12:35 pm (Uncategorized)

Keadaaan politik di Negara kita ni dari dulu tak pernah nak aman. Setiap masa ada sahaja yang tak kena, baik dari pihak parti yang memerintah (Barisan Nasional) mahupun dari parti pembangkang (Pakatan Rakyat)

Gila kuasa, rasuah, politik wang, bercanggah pendapat semua itu sebenarnya adalah sebahagian daripada kamus politik di Malaysia. Mana tidaknya, masing-masing punyai ideologi tersendiri dan mestilah masing-masing mahu menang.

Ya, memang tak dinafikan setiap orang mempunyai hak untuk bersuara. Para pemerintah pun mesti ada acuan sendiri untuk membentuk pentadbiran yang terbaik samaada di peringkat kerajaan persekutuan a taupun kerajaan negeri.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 tahun 2008 pada Mac lalu sudah cukup baik untuk melihat sejauh mana prestasi sesebuah parti bertanding. Beberapa parti pembangkang juga diberikan peluang untuk merntadbir beberapa buah negeri… Ya, keputusan kali ini mengejutkan semua pihak…

Sekarang, semua parti dilihat berlumba-lumba untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Malah, sudah berlaku bibit2 pertelingkahan di antara satu sama lain bagi menegakan ideologi masng-masing. Makin banyak pergeseran berlaku, samada sesame parti lawan ataupun parti sendri

Apa2pun, marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan Malaysia amnya

Permalink Leave a Comment

The New Beginning

August 20, 2008 at 1:23 pm (Uncategorized)

Assalammualaikum semua…

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku membuka sebuah lagi blog baru yang akan menjadi wadah untuk aku menulis sesuatu yang bermain di fikiranku..

Blog ini amat berbeza daripada blog peribadi aku di http://aizax.blogspot.com kerana di dalam blog ni aku akan menulis lebih kepada artikel2 berkaitan sosial, agama, politik dan agenda-agenda nasional… so aku  harap, korang enjoy jelah apa yang akan aku nukilkan kelak…. blog ni Insyaallah akan aku update selalu. Meanwhile, jangan lupa utk melawat blog peribadi aku yang satu lagi tu…

Cheers Up!

Permalink Leave a Comment